Politik merentas sempadan bangsa dan agama.

Budaya berpolitik Malaysia akan menjadi lebih matang jika semua rakyat sama-sama memahami kepentingannya sebagai pemacu dalam perjalanan dan hala tuju sesebuah negara. Situasi dan corak pembangunan yang berjalan adalah hasil dari percaturan oleh sekumpulan ahli politik yang mempunyai kuasa eksekutif dalam menentukan undang-undang serta langkah strategik bagi dinikmati oleh rakyat amnya.

Setelah lebih separuh abad negara ini menjadi negara demokrasi berparlimen yang menjunjung perlembagaan sebagai asas persetujuan dalam melahirkan sebuah negara bangsa. Negara yang mempunyai raja-raja sebagai penaung bagi sembilan buah negeri dan dipilih sebagai Ketua Negara (YDP Agung) secara bergilir-gilir yang diputuskan dalam satu mesyuarat majlis raja-raja.

Bagi setiap ahli politik mereka akan memperjuangkan apa yang dipanggil idealisma sama ada secara individu (bebas) atau berkumpulan (kepartian) yang berusaha untuk merealisasikan ideologi tersebut jika berjaya membentuk kerajaan atau bersuara jika menjadi Ahli Dewan Rakyat atau Senator yang dilantik. Secara rasionalnya mereka akan melakukan apa sahaja dan berusaha untuk memenangi pilihanraya.

Selepas pasca kemerdekaan, semua rakyat ditekan oleh penjajah untuk bersatu dalam sebuah organisasi yang berasaskan perkauman (nasionalis) dan bersatu untuk memperlihatkan kata sepakat dalam membentuk sebuah negara serta mengelak dari menerima sebuah negara berteraskan Malayan Union yang ditolak dan dibantah terutamanya oleh orang-orang melayu. Disinilah bermulanya parti-parti yang berorientasikan kaum yang boleh dikatakan sebagai bom jangka dalam menggugat keharmonian sebuah negara muda.

Kemudian wujudlah beberapa parti yang berteraskan ideologi dan slogan untuk semua tanpa mengira bangsa, agama seperti Parti Negara yang pernah diasaskan oleh Dato' Onn Jaafar. Disinlah bermulanya kematangan berpolitik bagi rakyat negara ini untuk keluar daripada kepompong politik memperjuangkan kaum sendiri kepada politik yang mengutamakan nasib bagi seluruh umat manusia. Politik sebenarnya merentasi segalanya bukan hanya kepentingan kaum atau golongan tertentu sahaja kerana itulah kebanyakan parti-parti politik yang wujud di seluruh dunia dan berjaya adalah parti yang memperjuangkan ideologi dan kebaikan kepada seluruh umat manusia bukan hanya sekelompok tertentu sahaja semata-mata.

Pada hari ini di Malaysia, parti-parti berasaskan kaum yang masih berkuasa namun telah bergabung dalam satu skala yang lebih besar dengan berteraskan kebangsaan yang terdiri dari parti-parti campuran ideologi dalam satu bentuk kumpulan yang dinamakan Barisan Nasional. Begitu juga parti-parti dari blok pembangkang yang bergabung sebagai satu pakatan walaupun mempunyai latarbelakang dan hala tuju yang berlainan kerana politik yang matang haruslah mengenepikan semua titik perbezaan dan mencari titik persamaan dalam meraih sokongan dalam mendapatkan mandat untuk membentuk kerajaan.

Kematangannya adalah dalam mengenepikan semua perkara yang menjadi perbezaan dalam membentuk satu budaya berdemokrasi yang lebih maju dan menjunjung tinggi nilai-nilai kemanusiaan. Tiada apa yang perlu ditakutkan kecuali oleh mereka yang masih menebal doktrin hanya kaum itu sahaja yang akan membela kaumnya atau hanya kelompok itu sahaja yang akan menjaga kelompoknya kerana kita lupa sebenarnya kita adalah manusia sesama manusia yang boleh saling bantu membantu dalam pelbagai perkara apatah lagi bagi merkukuhkan negara yang telah terbina sekian lama. Politik yang sempit hanya berputar dan berkisar tentang nasib klaumnya semata-mata sehinggakan apabila berasakan partui lain yang majoritinya kaum tertentu juga adalah bersifat seperti parti kaumnya.

Budaya moden manusia hari ini yang sarat dengan kemajuan teknologi tetapi seolah-olah tidak bererti lagi apabila semangat memperjuangkan kaum dan agama semata-mata dalam permainan demokrasi hanya akan menjadi bahan api yang bila-bila masa akan menggugat dan menjerat erti sebenar demorasi itu sendiri. Memang akan wujud kelompok-kelompok picisan yang 'ultra' untuk kaumnya tetapi jika majoriti semua rakyat menolak kumpulan-kumpulan ini maka proses menjumudkan mereka adalah hampir pasti.



Comments

Popular posts from this blog

Bersahsiah dan bersiasah

Publisitikan Wibawa Kerajaan Madani

Bimbang Kerajaan Tumbang, Angkara Kumbang Atau Mambang