Posts

Showing posts from October, 2020

Rakyat Salah atau sifat YB teserlah.

 Rakyat atau pengundi telah membuat salah atas pilihan mereka semasa PRU14 dahulu dengan melulu memilih wakil rakyat mereka. Majoriti rakyat telah memilih kerajaan yang tidak stabil sehingga boleh hilang majoriti sekelip mata atas ketidakpercayaan sebahagian YB sehingga tertubuh kerajaan baharu. Kerajaan tersebut diwakili oleh satu ‘coalition’ digelar Perikatan Nasional yang menggabungkan kesemua pembangkang dengan kumpulan yang hilang kepercayaan kepada Pakatan Harapan. Hampir seluruh dunia telah dilanda Covid19 menyebabkan kehidupan manusia beralih kepada apa yang boleh dianggap ‘darurat lembut’ akibat kekhuatiran kerajaan yang binbang kesan kepada ekonomi negara. Perdana Menteri yang baharu mentadbir kerajaan dengan barisan kabinet baharu setelah mendapat majoriti nipis dan boleh dikatakan sekarang pemerintah 50-50. Sejumlah 73 Menteri dan Timbalan Menteri telah dilantik bagi membantu PM sebagai pentadbir bagi segala Urusan Seri Paduka sebagai kerajaan persekutuan. Perintah Kawa...

Negara Tan Tin Tun 3

 Negara yang pernah digelar tanah jantan nusantara iaitu satu-satunya tanah benua bagi kelompok negara-negara kepulauan Melayu Achipelago ini wujud dengan beratus atau beribu perjanjian. Bermula dari kisah purba Sang Nila Utama dengan Demang Lebar Daun berkonsepkan pemerintahan dewa dan hamba rakyat bawahan sehinggalah perjanjian sebelum kemerdekaan dan selepasnya.  Satu-satunya negara didunia yang mengunapakai pemerintahan Raja Berpelembagaan dengan Demokrasi Berparlimen. Sebuah negeri yang paling awal mengamalkan konsep yang hampir sama dengan konsep ini ialan Negeri Sembilan Darul Khusus. Sekarang terdapat sesetengah negeri juga mempunyai majlis mesyuarat bagi dalam melantik dan memberi nasihat kepada raja secara musyawarah dan bermuafakat. Sembilan orang Sultan bergilir-gilir menaiki takhta kerajaan persekutuan dan dilantik atau dilucutkan jawatan oleh sebuah majlis raja-raja. Disinilah keunikan sebuah pemerintahan berteraskan demokrasi raja berpelembagaan. Rakyat tidak m...

PESANAN DARI A HINGGA Z.

Apakah mudarat jika ianya Darurat Politik? Berpolitik sememangnya profesion mereka bukan sekadar bersuka tetapi untuk Kuasa. Bila musim pilihanraya mereka kempen sini sana terjah semua menawan hati pengundi semua. Cuba kita fikir satu negeri terkena wabak tetapi kerana harapkan satu undi biarkannya membiak. Dulu kalau larang orang luar ke negeri itu biar orang tempatan sahaja tidak mengapa. Enigmanya orang yang terkurung dan terpenjara menjadi dijangkiti hingga menjangkiti orang yang diluar. Fasih mereka berhujah dengan pelbagai alasan dari bala yang menimpa. Gunalah akal yang suci dengan minda yang terbuka pandemik ini hasil kerja yang ada tujuan bagi mereka yang ingin menimba labanya. Hari ini dan semalam wabak ini menjadi mimpi ngeri dan rasa tidak tenteram kepada semua orang seluruh alam. Impian semua manusia mahu bebas hidup seperti sediakala bukan huru-hara seperti setelah tiupan sangkakala. Jangan terlalu berpolitik sehingga lupa batas dan normanya kerana kesannya jejaskan ritma...