Pertembungan & Pergabungan
Pakatan Harapan adalah garapan dari gabungan dua tokoh terkemuka dalam arena politik tahun 90an. Mereka adalah regu yang sukar ditandingi kawan dan lawan dalam gandingan kuasa termantap pada ketika itu. Kelompok sosialis dan konservatif tidak mendapat tempat dikalangan majoriti rakyat kerana sejak zaman penerapan nilai2 islam serta dasar penswastaan yang memberikan peluang pekerjaan rakyat terbuka luas. Seorang yang mempunyai pengaruh golongan muda dan ‘moderate islamis’ dibawa masuk didalam kabinet yang diketuai oleh seorang ‘ultra nasionalis’ yang meletakkan wawasan 2020 dan imej masyarakat madani menjadi kepercayaan kebanyakan golongan profesional melayu dan masyarakat luar bandar. Kini walaupun regunya terpenjara namun semangat toleransi dan gagasan gabungan pembangkang yang ‘defactonya’ adalah beliau sekali lagi bergabung dalam satu pakatan yang hampir sama malah lebih kukuh lagi dengan penyertaan bekas musuh mereka pada era 1990 iaitu DAP. ...