Dia seorang tua...

Dia seorang tua yang telah hidup kurang satu dekad untuk seabad usianya. Dia hidup dari zaman sebelum Malaya terbina, Kolonial Inggeris dan Tentera Jepun memerintah negaranya. Adakah dia terlalu tua untuk masuk ke persada politik semasa negara atau dia hanya diperguna oleh manusia yang berada disekelilingnya?

Dia telah menjadi ketua eksekutif negaranya melebihi tempoh dua dekad dan merupakan pemegang rekod mentadbir paling lama. Semasa zamannya dia dihormati, disegani dan ditakuti oleh rakan dan lawan. Dia mempunyai ketegasan diluar jangka sehingga ramai yang tidak berni membangkang apa sahaja idea dan gagasannya.

Dia mempunyai ramai penyokong setia serta rakyat yang menyanjung tinggi personaliti dan popularitinya yang menjadi ternama di mata dunia masyarakat antarabangsa atas ketegasan nada dan tindak tanduknya terutama dalam isu Bosnia dan Palestina. Dia mempunyai idealisma yang segar dan melampaui zamannya serta seorang nasionalisma tegar yang amat sayangkan nasib bangsanya.

Dia masih diikuti perkembangannya, populariti dan kisah hidupnya masih menjadi santapan minda dan ruang bicara dikalangan rakyat jelata. Dia masih menjadi tempat pertanyaan para pemberita kerana setiap tutur katanya bernas dan berbisa. Dia berjaya dalam menggunakan peluang dan ruang yang ada dalam menjalankan berbagai agenda dan merealisasikan hasrat ideanya.

Dia sering dihina akhir-akhir ini oleh mereka yang pernah menyanjunginya dan tentunya sebagai seorang ahli politik dia boleh terima semuanya. Dia pernah dibuang oleh Perdana Menteri pertama atas kelantangannya bersuara dan dia juga pernah menyingkirkan beberapa orang timbalannya sama ada secara pemilihan parti atau kuasa eksekutifnya.

Dia kini menjadi lagenda kerana membuka satu parti baharu yang akan melawan dengan parti yang pernah dihidupkannya dan menguasai barisan kerajaan yang lama diperintahnya. Dia seorang tua yang pernah sarat dengan pelbagai idea dan sehingga kini tiada tanda-tanda dia telah dimamah usia cuma bezanya dizaman dia berkuasa internet dan media sosial belum wujud dan terfikir oleh manusia.

Comments

Popular posts from this blog

Bersahsiah dan bersiasah

Publisitikan Wibawa Kerajaan Madani

Bimbang Kerajaan Tumbang, Angkara Kumbang Atau Mambang