Posts

Showing posts from May, 2012

Tamatkan riwayat politik bangsa..

Setelah 53 tahun dibenarkan merdeka oleh kuasa yang datang menjajah dengan pelbagai syarat yang dipersetujui dalam sebuah perlembagaan yang menjadi sanjungan semua. Negara ini ditubuhkan atas pemuafakatan pelbagai kaum yang berbilang bangsa dan agama membuatkan uniknya Malaysia. Satu persetujuan yang berjaya menamatkan kuasa penjajah dengan terciptanya sejarah pemerintahan majmuk dinaungi raja-raja dari sembilan negeri. Generasi selepas merdeka terutamanya golongan muda kebanyakannya terpelajar telah mengembangkan minda mereka dengan pelbagai ideologi dan cara berfikir serta menganuti pelbagai budaya dunia. Mereka mula mempunyai semangat berorganisasi dengan mewujudkan pelbagai kumpulan bebas yang dikategorikan sebagai badan bukan kerajaan (NGO). Semuanya wujud atas budaya kebebasan berfikir yang diwar-warkan barat dan dunia antarabangsa. Di dalam Islam ia menggalakkan umatnya mempunyai 'jemaah' bagi membentuk kekuatan dalam menghadapi sebarang tekanan demi kelansungan anu...

Kenapa burukkan demokrasi

Pentas politik negara akhir-akhir ini sering dikotori oleh mereka yang ingin melebarkan pengaruh demi mendapatkan atau mengekalkan kuasa. Bila kuasa tidak dapat dipertahankan, selagi boleh ia berusaha berlawan untuk meraih sokongan. Bersangka-sangka dengan fitnah yang ditabur merata akan menjerat sesiapa sahaja yang lemah mindanya. Mereka akan terima bulat-bulat seperti patik menjunjung daulat dan dengan semberono menabur keringat atas setiap usaha bagi menyatakan sokongan yang kuat. Jika dicongak, ada dua kumpulan yang ingin berkuasa dan saling menabur jasa namun apabila majoriti tidak seberapa akan ada kesukaran untuk mereka membuat kerja. Namun hakikat demokrasi jika masih punyai kelebihan walaupun dengan satu sahaja ia tetap berjaya walaupun majoriti tidak seberapa. Janganlah burukkan demokrasi dengan begitu beriya mahu membolot semua sehingga lupa kuasa yang ada hanyalah kemenangan demokrasi yang hakikatnya adalah sementara.

Gula-gula untuk semua

Saban hari kita akan mendengar pelbagai peristiwa yang menjadi modal orang politik melepaskan propaganda bukan sahaja untuk 'ahli' mereka namun untuk semua terutamanya yang bersikap 'atas pagar. Semuanya bergantung kepada peristiwa bagi menentukan siapa menjadi penguasa pada penggal seterusnya. Kita warganegara akan disajikan dengan 'buffet' hidangan buah dan bunga pemikiran parti-parti yang akan melobi untuk berkuasa pada fasa seterusnya. Pasang telinga, tajamkan mata serta cergaskan minda bagi menyimpulkan segala cerita dan cereka untuk mengetahui siapa mereka sebenarnya. Mereka punya idea, cara dan fahaman yang berbeza cuma objektif menang pada pilihanraya adalah sama. Bila ada sebahagian daripada kita terlalu mudah berasa pening kepala untuk mengetahui kebenarannya terus mengalah dan menyimpulkan siapa yang memerintah akan melakukan perkara yang sama adalah terlalu mudah seperti melepaskan batuk di mana-mana. Sebenarnya bagi yang fanatik kepada satu kep...