Politik mengumpul harta si durjana
Sejarah kekuasaan di masa lalu bermula dari sebuah keluarga yang membesar dan akan dilantik menjadi ketua puak yang selalunya digelar nama nenek moyang mereka. Kemudian tempat-tempat ini wujud dengan nama keluarga-keluarga ini seperti di beberapa kawasan timur tengah iaitu penempatan manusia terawal dari keluaraga Nabi Adam a.s. Keturunannya berkembang biak sehingga satu kejadian pembersihan oleh banjir besar di zaman Nabi Nuh a.s. Selepas itu, manusia yang terselamat didalam kapal tersebut menyambung legasi kehidupan manusia sehingga berjumlah beribu juta yang ada pada hari ini. Pada zaman perkembangan manusia, beberapa keluarga telah berkembang biak menjadi kelompok-kelompok yang bayak melalui perkahwinan dan penghijrahan setiap keluarga ke seluruh benua. Pada masa ini mereka selalunya melantik ketua keluarga selalunya anak lelaki pertama sebagai ketua dan pemegang amanah menjaga sesebuah keluarga. Kemudian muncul pula ketua yang berkuasa atau mempunyai kebihan tertentu seperti tena...