Posts

Showing posts from May, 2023

Publisitikan Wibawa Kerajaan Madani

 Setelah melepasi tempoh enam bulan terbentuknya kerajaan perpaduan dengan dasar baharu dengan menggunakan konsep Madani kesuburannya harus sentiasa dijaga rapi. Sememangnya umum mengetahui pelbagai masalah diwarisi malah semakin sarat dengan persepsi negatif yang telah berlaku kesan daripada kerajaan sebelumnya. Pembaharuan yang dibawa untuk sebuah kerajaan adalah amat dinantikan apatah lagi Kerajaan PH yang pernah menerajui negara hanya selama 22 bulan tidaklah boleh dibanggakan. Kemerosotan bertambah teruk apabila kerajaan menggantikan selepas itu yang menyaksikan pergolakan dan pertukaran tampuk pemerintahan menjadikan prestasi negara dipacu dengan agak lemah. Kini kerajaan baharu yang disertai oleh 19 buah parti ini perlulah menggunakan strategi terbaik bagi mempromosikan apa langkah pembaharuan yang telah dibuat bukan sekadar membenarkannya diketahui atau dilupakan sahaja. Pengalaman 22 bulan yang lalu harus diambil berat bagi menangkis dan menghapuskan segala tohmahan serta ...

Bimbang Kerajaan Tumbang, Angkara Kumbang Atau Mambang

 Penggal lalu adalah permainan politik paling tidak seimbang angkara percaturan beberapa ketua gerombolan menyebabkan lahirnya gelaran mantan Perdana Menteri bertambah sehingga empat orang. Bermula dari tumbangnya gerombolan parti yang telah menjadi penyandang dalam tempoh beberapa dekad, perebutan dan peralihan kuasa serta tampuk pemerintahan negara bertukar ganti. Bermula dengan seorang mantan kembali memegang jawatan selama 22 bulan kemudian digantikan dengan seorang yang hanya mampu memegang pula selama 17 bulan seterusnya yang terakhir selama 15 bulan sebelum pembubaran penggalnya. Kini penggal baharu yang berakhir dengan keputusan tiada satu pun gerombolan yang berjaya menjadi pihak penyandang. Gabungan dari beberapa gerombolan perlu disepadukan bagi membolehkan mereka menjadi kerajaan dan mendapat tampuk kekuasaan bagi mengetuai kerajaan yang akan menjalankan Urusan Seri Paduka Baginda. Setelah Lima bulan berlalu Maka bermulalah episod yang membimbangkan dengan sindrom pengg...