KURSUS INDUKSI UNTUK PARA MENTERI
Setelah melebihi lima bulan sebuah kabinet baru walaupun mempunyai beberapa orang yang telah lama dan pernah didalam kerajaan masih hebat mendapat kecaman dan tular di media soasial sejak kebelakangan ini. Sememangnya mereka diketuai oleh seorang Perdana Menteri yang mendapat kepercayaan oleh majoriti kumpulan atau gabungan sebuah parti yang telah menang majoriti dapat membentuk sebuah kerajaan persekutuan yang baharu adalah yang paling berpengalaman kerana lebih dua dekad memegang jawatan tersebut dalam berlainan pasukan. Begitu juga ada beberapa menteri yang sebelum ini telah berada didalam kabinet semasa berada dibawah rejim yang lama. Pada kali ini, buat pertama kalinya sebuah kerajaan yang baharu tidak pernah membentuk kabinet persekutuan dan hanya mempunyai pengalaman diperingkat kerajaan negeri dan sebelumnya berada dalam pasukan pembangkang. Bila dikategorikan baharu bermakna ia masih mentah dan tidak mempunyai pengalaman dalam menjadi seorang menteri. Jika di univ...