Posts

Showing posts from 2013

Bersahsiah dan bersiasah

Dengan NAMA ALLAH YANG MAHA BESAR LAGI MAHA MENGETAHUI. "Katakanlah: "Ya Allah yang Maha Memiliki kerajaan, Engkau memberikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki, Engkau mencabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki, Engkau memuliakan orang yang Engkau kehendaki dan merendahkan orang yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Mu lah segala kebaikan, sesungguhnya Engkau adalah Maha Kuasa atas segala sesuatu. Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau masukkan siang ke dalam malam, Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup dan Engkau memberikan rezeki kepada orang yang Engkau kehendaki tanpa ada perhitungannya. “Ali Imraan: 26-27. Setiap masyarakat mesti ada p emimpin yang mempunyai barisan pimpinannya begitu juga dalam sesebuah rumahtangga. Setiap ketua a kan bertindak dan bersikap secara umumnya dipersetujui oleh barisan kabinet serta rakyatnya sebagaimana seorang bapa mentadbir ahli keluarganya. ...

Musim mengundi datang lagi...

Selang lima tahun kita akan diberi peluang untuk memberi satu undi untuk memilih mana-mana kelompok manusia atau individu untuk menjadi pemerintah Malaysia. Dalam 365 hari x 5 tahun rakyat diberi kuasa untuk memilih siapakah yang akan memimpinya itupun berdasarkan jumlah majoriti atau kelebihan undi yang dimenangi calon atau parti pilihannya. Persoalannya siapakah yang layak menjadi pimpinannya, tepuk dada tanyalah minda fikirkanlah sewajarnya untuk menjadi nakhoda sepenggal pemerintahannya. Negara kita sebenarnya telah keluar dari kategori negara sedang membangun kerana semuanya telah terbina dan direncana hasil kemakmuran dan pengaruh ekonomi dan teknologi dunia semasa. Untuk menjadi negara maju sebenarnya bukan sahaja mentaliti rakyat perlu sempurna malah keupayaan atau kemampuan negara yang tidak terlalu bergantung kepada kuasa luar dari segi ekonomi mahupun pemilikan serta pengetahuan dalam pelbagai bidang teknologi. Nakhoda yang dipilih perlulah bersih dan berimej berama...

Islam dan Nasionalisme

Tuan Guru Abdul Hadi Awang, 25 Feb 2013 Kefahaman nasionalisme telah menjadi ideologi perjuangan kebanyakan bangsa dan negara di seluruh dunia. Fahaman ini juga menjadi akidah perjuangan yang dijunjung tinggi, bukan sahaja kerana dipergunakan dalam perjuangan kemerdekaan menentang penjajah asing yang zalim, tetapi fahaman nasionalisme ini diteruskan sekalipuan selepas penjajah itu keluar dan negara berkenaan mencapai kemerdekaannya. Kadangkala fahaman nasionalisme dijadikan teras negara sehingga ada yang terlanjur berlaku zalim pula apabila adanya masyarakat majmuk dalam negara itu atau negara jirannya. Semua ini berlaku walaupun dunia akhir zaman ini berada di puncak kemajuan teknologi, khususnya dalam lapangan perhubungan dan maklumat. Ideologi ini turut diikuti dan dianuti oleh umat Islam pada zaman kejatuhan khilafah, sehingga tanah air umat Islam dijajah akibat perpecahan kaum dan bangsa yang menganut Isla...