Posts

Showing posts from November, 2012

Negara Tan Tin Tun 2

Bila generasi bangsawan diberi pendidikan dan ditanam dengan 'dogma' pemikiran yang condong dengan sistem kebaratan maka lebih mudah bagi penjajah menyusuri laluan. Tanpa bersusah payah untuk menapis tentangan walaupun masih ada segelintirnya yang mahu berlawan namun dengan senjata dan kuasa sedia ada amat mudah dipatahkan. Jika ada raja mahu melawan maka mereka akan hidup dalam buangan maka sesiapapun tidak mahu hilang takhta kerajaan walaupun kuasa di telunjuk si penjajah. Zaman revolusi industri dan kemerdekaan ke arah pemerintahan demokrasi telah menjadi fenomena menjadikan sistem penjajahan barat (kolonial) semakin ketinggalan dan mendapat tentangan. Teori pemerintahan rakyat dan revolusinya merebak ke serata dunia atas nama kebebasan. Sistem khalifah berjaya dirobohkan seterusnya berpecahlah wilayah naungan menjadi tidak bertuan. Munculnya negara berteorikan Komunisme, Sosialisme dan Nasionalisme menjadikan pemikiran golongan pertengahan inginkan kemerdekaan dengan ...

Negara Tan Tin Tun 1

Betapa lama hikayat ini mahu ditulis sebelum berangan dan berfantasi seberapa purnama mengkaji cerita dan menyusun kisah suka duka sebuah negara kaya yang dikenali sebagai Negara Tan Tin Tun. Cerita ini sepatutnya dinukilkan dalam bentuk cerita pendek (Cerpen) atau cerita meleret (Novel) kerana ia bukan cereka tetapi kisah benar yang berlaku di negara tersebut. Pada beribu tahun lampau ia hanyalah belukar dan berhutan tebal yang sering dilanda hujan dan ribut tropika. Penempatan awal hanya di kuala-kuala sungai dan persisiran pantai namun ada segelintir masyarakatnya menghuni di dalam hutan dan pinggir an gua batu kapur. Mereka ini menjalankan aktiviti penangkapan ikan, pemburuan binatang serta bercucuk tanam. Tiada aktiviti ekonomi yang besar seperti perdagangan dengan orang luar atau perlombongan bijih timah dan minyak mentah. Apabila ekonomi masyarakatnya semakin besar, pastilah ada yang menjadi penaung (ketua) bagi menjaga keharmonian mereka dan pemimpi n (ketua) sebagai ...