Pengkhianat dimana jua.
Politikus sekarang punya mentaliti, jika ada wang semua boleh jadi dan senang mendapat undi. Pengundi sekarang majoritinya nak pilih wakil yang berduit dan boleh beri itu ini. Inilah senario rantaian hubungan politik kita. Untung kita ada negara yang serba mewah dimana rezkinya melimpah ruah walaupun telah diratah mentah-mentah oleh sang penjajah yang masih dikagumi oleh segelintir orang kita. Sekarang juga rezkinya melimpah dan semua orang mengerumuninya sehingga terpanggil orang-orang asing menceroboh masuk tanpa perasaan bersalah. Rosak pohon kerana pucuk atau akarnya memang boleh dijadikan simpulan bahasa bagi yang suka berpuitis. Namun yang mana satu akan mempercepatkan pereputannya?itu adalah bidalan bagi sebatang pohon. Jika ia adalah rumpai maka pucuknya akan layu dahulu namun jika batangnya besar, daunnya gugur dahulu diikuti rantingnya sehingga akar akan menjadi tunggul kenangan dan mungkin juga terbinanya busut jantan. Kesuburan atau kerosakan sesebuah pohon pula mesti dipe...