Posts

Showing posts from April, 2023

Madani di Minda Masyarakat

 Setiap pelantikan seorang Perdana Menteri Malaysia akan muncul sebuah slogan baharu bagi menunjukkan sebuah gagasan pimpinannya.  Semua pemimpin punya idea dan cita rasa sendiri dalam menentukan corak serta citra kepimpinannya malah gaya yang perlu disokong oleh segenap pasukannya. Sesiapa yang telah celik politik pada awal 90 an akan mudah mengingati idea madani ini namun ianya tidak bertahan lama kerana pergolakan politik yang membantutkan publisitinya. Selalunya segenap lapisan masyarakat sentiasa melayani dan menghormati apa jua idea serta gagasan seorang pemimpin selama ini sehingga kini sepuluh orang Perdana Menteri bersilih ganti. Slogan Madani adalah satu wadah yang amat besar dan berat yang secara logiknya agak sukar direalisasikan kerana membersihkan sebuah kapal dari kotoran badan, lantai, pekakas serta awak-awaknya memerlukan mujahadah yang terlalu teguh. Sekarang masyarakat melihat berdirinya seorang Perdana Menteri yang perlu menjaga hati pihak kanan dan kirinya...