PARTI IMPIAN SAYA (PARIMAYA) - Bahagian 1.
Bermula dengan satu ikatan dalam satu talian, setiap manusia yang dilahirkan mempunyai hak yang sama yang diberikan melalui satu pencipta. Semua manusia adalah dari satu spesis yang sama iaitu dari benih seorang lelaki dan seorang wanita, cuma dibezakan oleh warna kulit serta paras rupa. Setiap manusia datangnya dari leluhur yang sama cuma apabila berkembang biak mereka saling berpuak dan membentuk ras bangsa dan kaum yang berbeza. Semua kita mempunyai impian yang sama atau berbeza kerana naluri manusia mempunyai citarasa atau keinginan yang pelbagai warna ragamnya serta personaliti yang bermacam perangainya. Sebuah keluarga datangnya dari rasa cinta dua manusia membentuk satu ikatan demi ikatan hingga menjadi sebuah kejiranan, perkampungan dan seterusnya melebar hingga menjadi besar kewilayahannya. Bermulalah jurang perbezaan yang tercipta dari sifat naluri keinginan melampaui batas kemanusiaan apabila dikurniakan kekuasaan mereka ...