Posts

Showing posts from November, 2021

KHIANAT MENGKHIANATI, LAKNAT MELAKNATI SEMUA BERPUASHATI

 Sepanjang sedekad ini drama politik semakin menarik dan tertarik untuk kita mencarik-carik tembelang dan temberang manusia yang menjadikan politik sebagai profesion mereka dan jika bernasib baik mereka akan mendapat gaji dan pencen. Sebenarnya rakyat negara ini terlalu baik dengan hanya menonton dan membiarkan sahaja babak demi babak berlaku atau mempunyai tauhid (kepercayaan) dimana Tuhan akan mengadilinya. Sedar atau tidak sesiapa yang berusaha untuk berfikir dan membaca setiap rentetan dan kronologi yang berlaku adalah hasil gerak-geri perilaku para politikus yang menjerumuskan segala babak itu terjadi dengan langkah 'pencak silat' politik mereka. Setiap watak cuba menyelami atau sedaya upaya memberikan gaya lakonan yang amat sama ada protagonis atau antagonis dalam bertindak balas terhadap semua isu yang dikocak oleh sang penglipura atau penular cerita bergaji atau tak berbayar namun atas keseronokan mereka lupa akan amaran Tuhan. Sesuai dengan sikap sesetengah masyarakat ...