Posts

Showing posts from August, 2021

POLITIK YANG MECIPTA SEJARAH, REKOD BAHARU DALAM SENI POLITIK

 Negara ini menjadi semakin sensasi akibat permainan politik yang semakin berani dan jauh dari seni terdahulu tetapi semakin melanggar tradisi memecah rekod terbaru serta mencipta versi terkini. Siapa sangka sejak PRU14, rejim yang memerintah selama 60 tahun ditumbangkan oleh bekas Perdana Menteri paling lama berkuasa dengan bergabung bersama musuh tradisinya kemudiannya menjadi Perdana Menteri sekali lagi. Kemudian rekod terbaru adalah wanita pertama menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri yang juga seorang isteri bekas penjawat jawatan yang sama dan seorang isterinya. Sejarah tercipta apabila parti-parti pembangkang yang tidak pernah menjadi kerajaan persekutuan berjaya mendapat pejabat di Putrajaya. Setelah 22 bulan memerintah, mereka telah ditumbangkan oleh rakan parti komponen dengan apa yang digelar pengkhianatan namun didalam politik semuanya tidak menjadi masalah kerana perbezaan pendapat adalah punca kuasa bagi menjadi orang yang berkuasa. Sejarah tercipta apabila sebuah...