Posts

Showing posts from June, 2021

POLITIKUS RAKUS MENGUKUS, MEREBUS DAN KONSENSUS

 Wabak Covid19 telah menjadi pandemik serta polemik yang berpanjangan meliputi kebanyakan negara di dunia di zaman manusia dikatakan semakin moden dengan teknologi komputer serta komunikasi tanpa sempadan. Seluruh pelusuk dunia terus sibuk dalam menangani wabak selsema dari sejenis virus yang masih diperdebatkan asal usulnya serta pihak yang menyebarkannya sama ada secara sengaja atau tidak sengaja nyang bermula di Wuhan, China. Sejak ianya melanda negara ini pada penghujung tahun 2019, mula merebak secara drastik pada suku pertama tahun 2020 memberi kesan yang amat membimbangkan kerana beberapa tindakan yang dilakukan pihak kerajaan menyekat aktiviti sosial dan ekonomi rakyat. Setiap kerajaan akan bertanggungjawab terhadap kemaslahatan rakyat dan akan berusaha untuk mengekang dengan apa cara sekalipun dalam berperang dengan wabak selsema yang menggila ini. Sesiapapun yang menjadi kerajaan akan bertanggungjawab bagi memastikan segenap lapisan masyarakat selamat dan seterusnya negar...