Posts

Showing posts from August, 2020

TAHUN 2020 POLITIKUS RAKUS MENONGKAH ARUS

Tahun ini menyaksikan banyak peristiwa terjadi dari polemik politik yang melanda negara bergelut dengan berbagai propaganda walaupun satu dunia dilanda wabak corona yang menyaksikan norma baharu dalam kehidupan seharian. Kisah politik yang semakin mendebarkan dan menggoncang pertikaman lidah dikalangan para penyokong selain sesama pemimpin parti-parti politik. Dalam dunia politik tiada istilah hubungan sejati kerana sesiapa jua sebagai ahli politik boleh mengubah fikiran pada bila-bila masa walaupun sebelumnya terikat dengan perjanjian setia sesama mereka. Peristiwa kehilangan kuasa oleh sebuah parti pemerintah yang telah memerintah sekian lama ditumbangkan oleh gabungan pembangkang yang berjaya mendapat kemenangan didokong oleh seorang pemimpin yang paling lama menjadi Perdana Menteri Malaysia. Sejak 2018, polemik politik di Malaysia sentiasa berantakan dengan isu-isu yang menjadi mainan dan persendaan terutamanya yang berlegar di media sosial. Pelbagai cerita dan berita yang melapork...