BERPOLITIK DAN GEOPOLITIK
Manusia hidup bermasyarakat dalam membentuk komuniti bagi menguruskan bagaimana mereka boleh hidup dengan selesa tanpa mendapat banyak masalah yang menjejaskan kualiti kehidupan. Bagaimana manusia boleh menguruskan manusia? Ia melalui kuasa politik yang akan diraih melalui sistem pilihanraya bagi meralisasikan sebarang idea atau mendapat kuasa bermula dari Majlis Berkuasa Tempatan sehingga kepada Anggota Kabinet yang diketuai oleh seorang Perdana Menteri. Semua wakil-wakil rakyat sama ada sebagai Ahli Parlimen (MP) atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dipilih atau dilantik apabila berjaya meraih sokongan majoriti sesuatu kawasan geografi tertentu. Inilah demokrasi yang dibina melalui pembahagian kawasan-kawasan tersebut yang akan diwakili seorang MP dan dua atau lebih ADUN sebagai suara mereka dalam melontarkan apa jua permasalahan juga sebagai pengundi sebarang rang undang-undang yang diusulkan oleh pentadbiran kerajaan. Semua kawasan mempunyai masalah dan setiap masala...