VIRAL POLITIK MEDIA SOSIAL
Perebutan kuasa terus berlaku dan babak-babak yang mempengaruhi sentimen manusia sejagat terus dihujani dengan pelbagai polemik politik yang terus menggoncang dan menggegarkan negara. Semua orang tahu dan boleh berfikir segala isu yang timbul adalah permainan politik yang tiada kesudahan. Orang politik sebenarnya mahukan cerita dan berita yang boleh menggegarkan suasana dan yang paling penting mengguntungkan pihak mereka. Setiap konspirasi yang dirancang dan berlaku telah diatur sedemikian rupa agar perancangnya mendapat laba dari apa yang berlaku. Semua cerita yang menjadi tajuk berita dan cerita semasa di media sosial bertujuan untuk apa dan kepada siapa kerana ada yang akan terkena dan akibat baik serta buruknya kepada sesiapa sahaja namun puncanya boleh dianggar kepada penerima faedahnya. Drama politik atau ceritera politik bukan hanya untuk pilihanraya atau musim pemilihan bagi merebut jawatan untuk mendapatkan punca kuasa semata-mata. Setiap hari atau secara mingguan aka...