Posts

Showing posts from May, 2019

KERAJAAN BAHARU SETAHUN JAGUNG...SEBUAH HARAPAN

Pada 10 Mei yang lalu maka genaplah usia setahun bagi sebuah kerajaan baharu yang berjaya mengambil alih kuasa daripada sebuah kerajaan yang telah memerintah begitu lama. Walaupun begitu kebanyakan ahli politik yang menganggotai parti-parti baharu ini yang bergabung adalah dari parti-parti lama yang telah menjadi pembangkang masa kini. Setelah tiga ratus enam puluh lima (365) hari berlalu maka kita telah dapati pelbagai isu dan peristiwa telah berlaku dan ditakdirkan berlaku oleh Tuhan. Semua perkara tersebut kebanyakan telah dirancang oleh manusia namun kesemuanya berakhir dengan ketentuan Tuhan yang maha perkasa dan bijaksana. Kerajaan harapan rakyat yang baharu ini berjaya terus belayar menuju ke satu destinasi dengan nakhoda utama yang amat dikenali seorang bekas Perdana Menteri yang pernah memerintah negara ini cukup lama sekali. Apabila menjadi kerajaan ia tidak akan sunyi dari segala kecaman dan cemuhan kerana setiap manusia tidak akan punya satu kepuasan kecuali mereka...