Posts

Showing posts from June, 2017

Polemik Politik Diplomatik

Politik dunia seperti seiring dengan politik dalam negara seolah-olah ia menari dengan rentak yang sama walaupun kadangkala muziknya mungkin berbeza. Dendangan lirik lagunya tentang korupsi, 'ketidaktanggungjawaban' atau masalah dalaman setiap parti politik apabila menyentuh tentang soal krisis kepimpinan. Sesebuah parti akan terus utuh dan kukuh jika pemimpin tertingginya mempunyai barisan kepimpinan yang mantap dan amat setia tanpa ada niat mencapbar kuasanya. Ia akan terus berkembang dengan mantap meluaskan pengaruh serta menambah ahli dan penyokongnya. Setiap parti akan lebih bebas menumpukan kepada aktiviti-aktiviti atau apa sahaja program bersama masyarakat bagi meraih sokongan dan populariti. Dalam era teknologi maklumat yang kian canggih dan pesat berkembangan membuatkan semua parti politik perlu peka terhadap apa saja perubahannya. Jika sesebuah parti tidak mampu menangani dunia maya tanpa sempadan seperti juga dunia realiti yang perlu dihampiri dan disertai supay...