Taksubnya pada bendera dan warnanya
Tahun ini semua orang mula menduga dan berbicara tentang akan tiba satu musim setelah berlalunya empat tahun mereka yang memenangi undi majoriti menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (kecuali Sarawak) atau Ahli Dewan Rakyat. Maka semakin rancaklah semua orang yang suka bersembang politik memberi spekulasi serta berdiskusi atau yang paling teruk saling caci-maki demi mempertahankan ideologi dan parti yang disukai. Bagi orang muda kebanyakan mereka tidak berapa peduli atau cara mereka agak berbeza sekali dengan golongan tua atau orang lama dalam meraikan demokrasi dan cerita undi mengundi ini. Bagi mereka siapa yang memerintah haruslah menawarkan idea atau hujah yang bernas bagaimana mahu mentadbir negara ini. Kebanyakan mereka tidak terllu taksub ke atas mana-mana parti namun lebih mementingkan keupayaan atau kaliber seseorang calon itu sendiri. Pendekatan demokrasi orang lama lebih kepada agenda sesebuah parti dan imejnya penting bagi disokong dan diberi undi, soal calon yang aka...