Posts

Showing posts from December, 2016

Dia seorang tua...

Dia seorang tua yang telah hidup kurang satu dekad untuk seabad usianya. Dia hidup dari zaman sebelum Malaya terbina, Kolonial Inggeris dan Tentera Jepun memerintah negaranya. Adakah dia terlalu tua untuk masuk ke persada politik semasa negara atau dia hanya diperguna oleh manusia yang berada disekelilingnya? Dia telah menjadi ketua eksekutif negaranya melebihi tempoh dua dekad dan merupakan pemegang rekod mentadbir paling lama. Semasa zamannya dia dihormati, disegani dan ditakuti oleh rakan dan lawan. Dia mempunyai ketegasan diluar jangka sehingga ramai yang tidak berni membangkang apa sahaja idea dan gagasannya. Dia mempunyai ramai penyokong setia serta rakyat yang menyanjung tinggi personaliti dan popularitinya yang menjadi ternama di mata dunia masyarakat antarabangsa atas ketegasan nada dan tindak tanduknya terutama dalam isu Bosnia dan Palestina. Dia mempunyai idealisma yang segar dan melampaui zamannya serta seorang nasionalisma tegar yang amat sayangkan nasib bangsanya...