Posts

Showing posts from 2015

Politik syubhat khianati rakyat.

Kuasa buat manusia lupa siapa mereka dan tidak takut pada dosa dan amaran tuhannya. Penguasa dan konco-konconya akan bersekongkol dengan apa saja kelakuan si ketua dan sokong apa saja kemungkarannya. Pendokong kejahatan akan menegakkan apa saja yang bengkok demi meluruskannya. Persepsi dan fitnah datang dari kelakuan dan tindakan mereka yang mengundangnya. Pemimpin yang adil dan bijaksana akan mendapat pujian dari manusia, makhluk dan tuhannya dan sebaliknya. Ketua yang memeras segolongan yang lain akan berkeras dan tidak punya simpati walaupun orang kepercayaan sendiri. Manusia zalim bila menekan, memeras dan mencuri harta manusia lain secara batil dan tipu daya. Pemimpin atau raja yang bermewah dan menindas rakyatnya adalah punca sesebuah empayar runtuh dan tumbang kerajaannya.

Pentas Politikus Dikukus Oleh Mereka Yang Rakus

Setiap penggal dan tanggal akan ada peristiwa yang berbagai warna suka duka tentang permainan mereka yang punya bendera kepartian. Semua tayangan berbabak ini punyai pelakon dengan lakonan yang amat mengujakan. Ada antagonis dan protagonis yang menunjukkan bakat dengan memancing pelbagai perasaan bagi setiap hati penontonnya. Bagi setiap orang biasa menjadi penonton bukan sebagai berlakon telahpun dihidangkan dengan bermacam ragam yang menggamit perasaan. Kebencian yang timbul mahupun kegelian hati yang menyebabkan kesengihan atas 'comedian politician' yang menghiburkan. Selalunya kekecewaan dan rasa geram sering dirasa jika kita seorang penonton yang setia. Di negara ini, ada dua pihak kepartian yang sering menjadi hero dan watak utama setiap babak yang dibawakan. Mereka sentiasa ada cerita dan berita untuk disampaikan untuk ditelan oleh majoriti rakyat bawahan yang akhirnya membuat keputusan untuk memilih pihak(parti) mana. Ada yang hanya berpeluk tubuh dan tidak men...