Posts

Showing posts from 2014

Politik merentas sempadan bangsa dan agama.

Budaya berpolitik Malaysia akan menjadi lebih matang jika semua rakyat sama-sama memahami kepentingannya sebagai pemacu dalam perjalanan dan hala tuju sesebuah negara. Situasi dan corak pembangunan yang berjalan adalah hasil dari percaturan oleh sekumpulan ahli politik yang mempunyai kuasa eksekutif dalam menentukan undang-undang serta langkah strategik bagi dinikmati oleh rakyat amnya. Setelah lebih separuh abad negara ini menjadi negara demokrasi berparlimen yang menjunjung perlembagaan sebagai asas persetujuan dalam melahirkan sebuah negara bangsa. Negara yang mempunyai raja-raja sebagai penaung bagi sembilan buah negeri dan dipilih sebagai Ketua Negara (YDP Agung) secara bergilir-gilir yang diputuskan dalam satu mesyuarat majlis raja-raja. Bagi setiap ahli politik mereka akan memperjuangkan apa yang dipanggil idealisma sama ada secara individu (bebas) atau berkumpulan (kepartian) yang berusaha untuk merealisasikan ideologi tersebut jika berjaya membentuk kerajaan atau bers...