Posts

Showing posts from April, 2013

Musim mengundi datang lagi...

Selang lima tahun kita akan diberi peluang untuk memberi satu undi untuk memilih mana-mana kelompok manusia atau individu untuk menjadi pemerintah Malaysia. Dalam 365 hari x 5 tahun rakyat diberi kuasa untuk memilih siapakah yang akan memimpinya itupun berdasarkan jumlah majoriti atau kelebihan undi yang dimenangi calon atau parti pilihannya. Persoalannya siapakah yang layak menjadi pimpinannya, tepuk dada tanyalah minda fikirkanlah sewajarnya untuk menjadi nakhoda sepenggal pemerintahannya. Negara kita sebenarnya telah keluar dari kategori negara sedang membangun kerana semuanya telah terbina dan direncana hasil kemakmuran dan pengaruh ekonomi dan teknologi dunia semasa. Untuk menjadi negara maju sebenarnya bukan sahaja mentaliti rakyat perlu sempurna malah keupayaan atau kemampuan negara yang tidak terlalu bergantung kepada kuasa luar dari segi ekonomi mahupun pemilikan serta pengetahuan dalam pelbagai bidang teknologi. Nakhoda yang dipilih perlulah bersih dan berimej berama...