Demokrasi terus basi...
Kuasa untuk capai segalanya dan yang paling nikmat ialah merealisasikan apa yang ada di dalam kepala. Oleh sebab itulah ramai yang gila kuasa.Sanggup buat apa saja sampai dah tak malu untuk tayang muka walaupun ramai yang berdendam nak pijak kepala. Bila ada satu kaedah untuk menjadi berkuasa diperkenalkan oleh barat awal abad 20 yang lalu. Satu sistem mengundi yang memberi peluang setiap batang tubuh komuniti layak memberi undi. Bukan seperti zaman sebelum ini perlukan harta atau nama dan berdamping dengan kerabat-kerabat bangsawan untuk jadi menteri atau kerani. Di zaman sebelum ini kuasa adalah monarki yang perlu dijaga selain pandai berperang dan gagah di medan pertempuran. Namun pada era demokrasi ini, pengaruh lebih penting, puak harus seiiring bagi membentuk se bu ah kumpulan minoriti yang melangkah dan meraih undi bagi mendapatkan majoriti. Manusia tetap manusia yang inginkan keseronokan atau kebahagiaan yang berpanjangan tanpa usaha yang gigih dan memenatkan. Bila sudah dipu...