Bila takut hilang kuasa
Setelah dua tahun lebih angin perubahan melanda demokrasi di negara tercinta ini namun titik-titik keinsafan bagi yang kalah dan titik perubahan bagi yang menang agak muram dan kurang bersinar. Bermula dengan sedikit kekecohan apabila kehilangan kuasa dan mengambil alih kuasa adalah babak permulaan dalam penggal ini. Bagi pihak yang mampu menubuhkan kerajaan persekutuan, ia bagaikan satu kecederaan yang agak serius walaupun masih mampu mengekalkan kuasa majoriti. Pihak pembangkang pula telah merintis sejarah dengan kejayaan yang membanggakan. Banyak peristiwa yang boleh dijadikan pengajaran dan bahan gurauan yang meniti di setiap bibir rakyat jelata. Kita boleh melihat siapa yang betul dan siapa yang salah jika kita rajin menoleh sejarah. Perubahan yang dijanjikan oleh pihak PR yang berjaya menguasai pada mulanya lima negeri namun kehilangan satu akibat sikap beberapa ADUN yang boleh di jual beli agak perlahan dan mungkin kerana kurang pengalaman menjadi kerajaan. Bagi pihak BN pula m...