Posts

Showing posts from September, 2025

CEREKA ATAU CITRA

  Semua cerita semua cereka, kata nista hilai mengilai ketawa, mereka punya akal berkuasa, kerana tidak mahu bekerja, mereka guna lidah dan akal, khianat merembat untuk manfaat, menunggang bangsa menonggeng agama, asal berita sedap di telinga, penyokong fanatik tak kira realistik, bertikam lidah menegak benang yang basah, asal ada yang mendapat upah, atau sukarela puaskan hati sendiri, negara ini sudahpun rosak, segala sistem sudah terjebak, tunggu masa rakyat berarak memberontak, selagi pemimpin tak guna otak, para penyokong masih berlawak, asal hidup masih terasa enak, biarlah mereka suka berteriak, kita ada iman yg perlu dipertahan, dalam kubur banyak soalan, kalau kita terpedaya dengan lakonan si polan, takut ditarik sekali menjadi kumpulan, dalam lembah neraka menyambung kehidupan.  😂😅😀😆